Barang Antik

Bakul ini banyak digunakan dalam kehidupan golongan Baba dan Nyonya Melaka. Ianya digunakan oleh golongan melayu untuk membawa barang-barang pemberian perkahwinan untuk tuan rumah yang menjalankan majlis perkahwinan ataupun kenduri seperti gula, telur, tepung dan sebagainya. Setelah majlis tamat tuan rumah akan mengisi bakul ini dengan bekalan seperti nasi minyak, kuih dan sebagainya sebagai bekal untuk dibawa pulang. 
 Teko ini diperbuat daripada kayu . Ianya telah digunakan oleh nenek moyang makcik Hendon Said sejak berkurun  lamanya, ia telah diwariskan kepada makcik Hendon Said dan telah dijaga dengan baik sehingga hari ini.

Keunikan telefon ini adalah gabungan antara telefon  dan jam. Ianya menjadi salah satu  tarikan pelancong di rumah tersebut tetapi malangnya telefon ini tidak dapat digunakan lagi.







Seterika arang.
Seterika ini menggunakan besi yang mengandungi arang yang membara bertujuan untuk menggosok baju. 
Kayu arang perlu dibakar terlebih dahulu sehingga merah membara dan dimasukkan ke dalam badan seterika dan diutup.


Antara barangan antik yang masih disimpan oleh tuan rumah ialah celak, kacip pinang dan bekas menepung tawar.


Jam antik
Jam ini mempunyai bandul yang berayun dan akan berbunyi setiap jam sekali.




Rumah tradisional ini masih mengekalkan keunikan pintu utamanya iaitu kayunya diperbuat daripada kayu cenai. Selain itu, pintu tersebut mempunyai dua selak yang bertujuan untuk menyelak dua muka pintu yang ada.

Peralatan Bajak Sawah
Peralatan bajak sawah ini  dipamerkan di bahagian tepi rumah warisan ini. Peralatan ini digunakan untuk membajak sawah dengan bantuan kerbau.


Kacip Pinang
Kacip pinang ini digunakan bagi menghancurkan buah pinang. buah pinang yang di hancurkan akan di makan bersama sireh.


Bekas Celak
Bekas celak digunakan oleh kaum wanita pada zaman dahulu untuk perhiasan diri. Celak ini menggunakan serbuk hitam dan sedikit air bagi mendapatkan hasil yang menarik.


Dompet
Dompat ini diturunkan oleh mak Hajah Endon. Dompet ini di hasilkan menggunakan benang yang di kait.


Katil Antik
katil antik ini masih dikekalkan di salah sebuah bilik rumah warisan ini. katil ini masih boleh digunakan walaupun usianya mencecah puluhan tahun.

Tempat Bakar Ubat Nyamuk
bekas ini biasanya digunakan di waktu malam bagi menghalau nyamuk. Ubat nyamuk akan di bakar dan akan menghasilkan asap yang dapat menghindari nyamuk.


Kole Air
Kole air ini digunakan untuk membacuh air dan turut digunakan sebagai cawan minuman. Ianya sangat cepat bertindak dengan suhu dan sesuai untuk minuman panas dan sejuk.


Dacing
Dacing ini digunakan untuk menimbang berat barang. Barang yang ditimbang akan di sukat dengan nilai kati.


Tempat Kemenyan
Bekas bakar kemenyan yang di perbuat daripada timah ini digunakan di setiap rumah pada zaman dahulu untuk wangian. Ianya juga turut digunakan untuk ritual dan keagamaan. 


Lesung Batu
Lesung batu ini digunakan pada zaman dahulu dan masih disimpan sehingga hari ini. Kebiasaaannya lesung ini di gunakan untuk menumbuk rempah atau sambal.


Acuan Bahulu
Bekas acuan ini di perbuat daripada timah. Acuan ini digunakan untuk membuat kuih bahulu, ianya akan dibakar dengan menggunakan sabut kelapa. Kuih bahulu yang dihasilkan adalah lebih enak dan harum berbanding kuih bahulu yang terdapat di pasaran. 


1 comment: