Sejarah Masjid Tanah

(Sumber Imej Goggle)

Nama Masjid Tanah adalah bersempena dengan wujudnya sebuah masjid yang diperbuat daripada tanah liat. Masjid yang terletak di tengah-tengah Pekan Masjid Tanah ini merupakan sebuah masjid yang dibina sejak sekian lama. Namun ia telah diperbaiki pada tahun 1951 demi  untuk tatapan generasi akan datang. Pekan Masjid Tanah dahulunya pernah menjadi hab perdagangan yang dibawa dari Kota Melaka ke daerah-daerah sekitar utara Negeri Melaka dan Alor Gajah.

Terdapat pelbagai lapisan penduduk boleh dilihat di Pekan Masjid Tanah iaitu kaum Melayu, Cina dan India. Walaupun berbilang kaum, keharmonian yang ada dapat disemai sehingga kini. Selain itu, di Pekan Masjid Tanah ini juga terdapat pelbagai deretan kedai yang dibina sejak 1930an lagi. Bagi penduduk asal Masjid Tanah, Pekan Masjid Tanah dipanggil "simpang" suatu masa dahulu. Ini merujuk kepada pekan asalnya yang mempunyai tiga simpang. 








Namun kini Pekan Masjid Tanah semakin pesat membangun dengan pelbagai projek perumahan yang dibina untuk penempatan penduduk. Deretan kedai turut menjadi salah satu faktor atau sumber sosioekonomi penduduk. Prasarana yang serba lengkap juga mengundang keinginan penduduk luar untuk menetap di sini.




No comments:

Post a Comment